Menyata dan mempereratkan hubungan pengundi-pengundi PAS di seluruh negara di dalam satu organisasi;
Mewujudkan persefahaman, kerjasama dan perpaduan di antara
para ahli;
Memberikan kerjasama sebanyak yang boleh dan bersesuaian
kepada ahli terutama –ahli PAS
di dalam bidang profesyen pendidikan serta perkara-perkara
yang berkaitan dengannya;
Berusaha menjaga imej dan martabat AHLI-AHLI dan menyambung daya juang ahli-ahli
untuk kepentingan bangsa, agama serta negara;
Memperjuangkan kebajikan dan kepentingan yang ahli-ahli
perlukan sama ada fizikal atau bukan fizikal;
Mengadakan kemudahan kepada ahli;
Menyertai kegiatan kebajikan atau pembangunan negara sama ada secara persatuan atau bergabung dengan organisasi lain;
Memperoleh, membeli, menjual, menyewa dan memiliki apa-apa juga harta atau aset yang sesuai untuk keperluan dan kepentingan persatuan dan masyarakat seluruhnya. Bagi menyempurnakan tujuan ini Pertubuhan bolehlah menubuhkan apa-apa entiti, syarikat, badan koperat atau yayasan dan sebagainya yang diluluskan;
Bekerjasama dengan pertubuhan lain mengadakan Latihan dan Kursus kepada ahli-ahli sama ada bersendirian atau dengan bantuan/kerjasama pihak lain yang wajar;
Mengadakan perhubungan dan kerjasama dengan persatuan lain yang wajar untuk kemudahan dan kepentingan ahli.